Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 7, 2008

Al-fatihah

Hari tu tengah lepak2 sambil tengok TV, Ma dapat sms bagitau pasal Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Tuan Haji Shafie Ahmad meninggal dunia kat New Zealand. Ma call penghantar sms (En. Shafinas) dan dia sahkan sms tu. Ma sms plak En. Amirul Akhbar dan dia sahkan perkara tu. En. Amirul pun ada kat NZ time tuh.. Tak tau kenapa, tapi Ma rasa kehilangan bila dengar news tu..

Walaupun Ma pernah jumpa arwah tak sampai 10 kali, tapi Ma rasa macam senang dengan arwah. Dia tak sombong dan sporting.. Rasa macam dah lama kenal.Arwah jugak banyak membantu program Masscom kat Shahputra. Dia antara rujukan Ma if Ma ada apa-apa masalah berkaitan Masscom.

Jumaat lepas sempat berborak dengan pensyarah masscom, Zalida. Zalida ni dulu student arwah kat Fakulti Masscom. Zalida kata pernah sekali, arwah dengan inisiatif sendiri menganjurkan majlis Maulidur Rasul. Arwah sendiri ambil LCD projektor, laptop dan pasangkan citer pasal pejuangan Islam, keluarkan belanja untuk beli air kotak ngan makanan. Walaupun kata Zalida tak ramai yang hadir, tapi usaha dia tu jadi kenangan untuk Zalida dan maybe untuk student2 lain gak... Suci betul usaha arwah..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, semoga rohnya dicucuri rahmat, semoga keluarganya tabah dan redha dengan pemergiannya... Al-fatihah...

1 comment:

RIDZWAN AHMAD said...

memang.arwah seorang yang baik dan best.walaupun dia x pernah mengajar saya,tapi dia memang baik..