Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 8, 2010

35-25-35!!! Please Come Back!!

Ahhhh.... saya idamkan ukuran badan yang dulu!! (35-25-35)!!! Sangat rindu!! Tatkala tu saya boleh bergaya ikut suka hati saya. Dengan makeup, baju, anting2 dan fesyen rambut yang pelbagai!! Rindunya!!

Sekarang saya dah tak mampu lagi nak mengukur ukuran badan. (Tali ukur dah tak muat!!). Ahhhh... saya tertekan sangat!! Sekarang saya sangat kembang! Macam buah kembang semangkuk yang direndam air!! TIDAK!!!!!!!!!!!!!

Tapi tak mengapa. Saya akan hargai badan kembang semangkuk ini untuk tempoh sebulan lebih sahaja lagi. Ini demi memastikan baby saya sihat!! Lepas baby keluar, harapan saya agar saya tidak lagi kembang! Saya akan berusaha!!! Kalau kembang jugak, saya nak keluarkan duit KWSP nak pergi slimming center. (Saya tau tak boleh.. saya berangan je ni...).

Tapi bukannya saya nak Breastfeed baby ke pas beranak nanti??... Ala.......

p/s: 35-25-35 tu tipu je. Tak pernah pun dapat figure macam tu!! :P

No comments: