Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

Kesah Dinner



Tak habis-habis ngan dinner saya ni kan? Tak pe lah, ini last entri pasal dinner GLAM and GLITZ tu yea. Saya janji.

Kesah panjang sikit, maka sila sediakan pop-corn dan minuman supaya anda semua tak lapa lepas habis baca entri kali ni. Kesah bermula dengan PADAN MUKE BAJU DINNER TAK SAMPAI-SAMPAI!!!!!! Maka, masuk saje waktu rehat, saya terus ke Butik Pengantin Cina untuk sewa baju. TERPAKSA hokay!!!

Sampai di Butik tu, saya dilayan oleh seorang amoi yang sekerempeng kurus melidi badannye. Saya tanyakan baju yang sesuai untuk saya sewa. Amoi tu kata tak banyak saiz saya. Kebanyakannya saiz kecik-kecik aje. Sentap kan?? Adakah Amoi tu nak kata saya GEMUK montel??


FINE!! Akhirnye saya jumpa satu Dress yang sangat cantik kaler merah jenis kemban, tapi agak ketat dibahagian perut. Tak pe, saya boleh pakai inner dan korset di dalam. Tak perlu nak repair-repair kecuali bahagian bawah baju, disebabkan saya pendek berketinggian tak tinggi sangat. Mintak Amoi tu repair, dia kata, tak boleh! Disebabkan masa tak mencukupi, saya setuju aje nak amik baju tu.


Ini bukannya dress tersebut tetapi cantik kan dress vintage ni? Suke la!!





lebih kurang gine le rupe dress tu kecuali kainnye agak keras, pas tu kat dada ada ala-ala reben besar. Pas tu ikut cutting badan sikit.

Terus ke shopping complex untuk cari kasut yang setinggi boleh bagi menutupi cela ketinggian diri. Di sana saya akhirnye berjumpa sehelai dress yang sangat simple dan terus jatuh cinta. Harga pun sangat berkemampuan! Maka, terus ambil dan membatalkan dress merah yang cantik itu.


Cantik, tapi saya rejek? Yea.. kerana pada saya, keselesaan itu penting. Saya nak makan banyak, tapi kalau saya pakai dress merah tak boleh makan banyak, nanti kantoi kebuncitan perut! Saya nak bebas bergerak ke sana kemari, tapi jika saya memakai dress merah, saya akan segan untuk bergerak ke sana kemari kerana akan menjadi tumpuan orang ramai nanti (SANGAT PERASAN!!!!).


Maka, saya ambil yang selesa dan simple!! Kerana itu, saya sangat gembira pada malam Dinner tersebut walaupun tak menang TV Plasma 46 inci dan parking lot!!! (Huuaaarrrgggggg!! Meraung okay!). Saya boleh makan banyak-banyak dan bebas bergerak ke sana kemari kerana saya memang jenis tak boleh duduk senyap-senyap!


Disebabkan saya bukanlah orang popular, maka tak banyak kamera ingin merakamkan gambar saya. Ada la sekepin dua untuk tatapan. Gambar inipun hasil paksaan yg mana kamera TERPAKSA berkhidmat untuk saya supaya saya tidak meraung ditepi tangga hotel!


Faham sekarang kenapa saya mencari dress merah? Konon nak sedondon ngan En Suami. Akhirnya dapat dark purple. Boleh la kan. Dark purpe, merah sewarna kan? :) Abaikan posing getik bersama En. Suami tu..


Gogeskan kawan-kawan saya? Tudung saya pakai belit saje. Lepas tu sibaikan dibahagian belakang bagi menutupi lemak yang terjojol di bahagian belakang badan.

1 comment:

Deana Amane said...

cik ma...cantik la dress tu:)

i pun tgh pening pale nak cari dress untuk annual dinner 17 ni,ape pun tak prepare...