Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 9, 2011

Entri Serius : Sempena Hari Wanita Semalam

Dah laaaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat sebenarnye mak nak meluahkan rasa hati dan pendapat mak ni.. Sebelum kawen lagi rasa nak tulis pasal benda nie.. tapi tak berani. Di sebabkan semalam adalah hari wanita, yang ke 100 mak buat gak la entri ni. mampus aku kena lahar nanti!!

Mak sebagai orang kurang pengetahuan agama ni ingin merasakan perasaan kurang puas hati kepada penerbit rancangan ke agamaan sebab selalu buat interview session ikut tv mengenai isu "Syurga dibawah tapak kaki Suami" tapi jarang buat isu pasal "Tanggungjawab suami, kalau tak jalankan tanggungjawab, tiada bau syurga".. Adakah sebab penerbit tu lelaki atau tukang bicara adalah kebanyakannya lelaki??

Sebab selalu sangat yg mak tengok isu isteri dibincangkan, maka sakit le telinga kaum perempuan sebab selalu kena perli ngan para suami. Dan disebabkan kejarangan membincangkan pasal isu lelaki lah, pada pendapat mak, lelaki yang kurang pengetahuan agama menjadi semakin ego, tak puas hati sikit hadiah penendang kat isteri... Tak puas hati sikit kawen lain walhal permasalahan bermula dari lelaki. Sebab pada mereka, syurga isteri terletak pada mereka walaupun walhal sembahyang pun sekali sekala... (Ni mak kata pada yg suke kakikan dan tangankan dan curangkan isteri yea... tak semua...).


Jadi mak merayu pada rancangan keagamaan, buatlah isu pasal lelaki juga supaya diorg tahu yang setiap wanita yang masuk neraka tu, akan menarik seorang lelaki bersama ke jalan neraka juge... Supaya diorg tahu yang diorang juge ada tanggungjawab yang sangat besar kepada keluarga.

Adalah ditegaskan entri ini tiada kena mengena dengan mak dan kehidupan rumahtangga mak bersama suami tersayang yang hensem (eeeewwaaahhhhh). Tetapi lebih kepada pemerhatian dan pendapat mak saje...

No comments: