Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 16, 2011

Jalan-jalan di Bandaraya Bersejarah

Seronok sangat tau!!! Sebab dapat berjalan-jalan cuti-cuti Melaka dengan family mak!!!! *gembira *mata bercahaya


Tapi, mak mak kena cirit birit.*sedih    
Bonda pulak demam.* air mata bergenang 
Aleesya pulak kena cirit birit dan demam pas tu melalak sebab tak selesa kot! Kesian dia.. * meraung.


Kitorang bukan saje2 bercuti gitu-gitu je. Tapi sebenarnye kitorg pegi majlis sambut menantu kakak mak kat Muar Johor hari Sabtu tu. Kitorang sewa satu bas ke sana. Pas kenduri tu, kitorang pegi Melaka terus.


Bermalam kat Homestay kat …… (tak ingat nama tempat tu). Tapi nama homestay tu Syaheerah. Homestay tu memang terbaik!!! Malam tu family mak yg lain kecuali org sakit (mak, aleesya, bonda, mama aleesya dan tukang2 jaga) pegi ke Dataran Pahlawan. Jejalan sambil shopping. *tekup muke kat tangan. Menangis tak dapat join..


Hari ahad, adalah hari menjelajah Melaka. Pagi-pagi lepas sarapan kitorg terus chek-out dan pegi ke Bandar Melaka. Bas betul2 berenti kat tempat shopping-shopping tu. Maaflah yea, mak tak ingat nama tempat sebab mak sibuk tahan perut mak ngan perut aleesya supaya tak tercirit! Tapi yg berdepan ngan Muzium Samudera tu…


Sementara kaum veteran (bonda, makcik-makcik) pegi shopping, mak dan mude mudi lain pegi masuk Muzium Samudera yang menyeramkan tu. Kalau jenis tak suke membaca macam mak ni tidak digalakkan utk masuk yea… Ada satu part je yg mak suke dan mampu membuat kan mak dari berhenti dari jalan memonong kat Muzium tu. Meteor! Diorg ada jual batu meteor kat dalam tu! Sape2 nak kawen boleh beli cincin batu meteor sebagai hantaran kawen. Menarik sangat. Tengah2 tengok batu meteor, tetiba mak diserang sakit perut dan…. (malu nak citer)..*padahal dah citer kat entri lepas


Pas tu kitorang bertolak dan pegi Zoo Melaka. Bas berenti kat seberang sebab drebar pemalas. Dah la menapak jauh, hujan pulak tu. Pas menunggu seketika dan hujan makin lebat, kitorg patah balik, pegi McD, makan pas tu pegi Taman Buaya.


Taman Buaya memang terbaik! Dah la harga tiket mahal! Pada mak tempat tu tak de apa-apa yg menarik langsung!!!!!!! Pegi masuk kat Keretapi Dinasor kena bayar asing pulak tu! Dinasor kata tempat tu pun mak rasa nak tampar-rampar je!! Buat ngan kertas siap bersoletip kat mulut. Bunyi mengaum rupe bunyi hon kete! Bunyi kentut aleesya lagi menakutkan hokeh!!!


Walaupun takat dapat pegi satu dua tempat, ngn anak, bonda ngn mak sendiri tak sihat, mak still happy sebab dapat pegi jejalan ngan family. .. Insyalaah next time kami satu family nak pegi Langkawi pulak. Harap-harap jadi le… *tangan ke menadah ke atas, berdoa..






mak bersama rakan sebaya kat atas cruise! 


Kat Dataran Pahlawan. banyak ngat gambar beca. pakcik adalah yg bertuah dipilih utk appear dlm blog ini! Tahniah!!! 


tengah tunggu drebar kurang ajar lagi pemalas amik kitorg. kesudahan, terpaksa jalan kaki jauh sebab drebar bas malas nak pusing. &%#@!


Ada perempuan mental gelakkan mak sebab mak pakai topi ni. Hujan ko tau tak? Kalau demam aku melarat, ko nak belikan ubat ke? Lagipun aku mintak duit ko ke beli topi ni? Dah la perangai tu huduh, (duk kat kerusi, kaki angkat kat tmpt letak tangan kerusi), muke pun tak seberapa!


  Boleh tangkap gambo ngn buaya ni. RM12 sekeping. Sila la kalau berani. kecik je ni... *ayat berlagak tapi tak berani tengok pun buaya ni

 Burung kat taman buaya. Burung ni sembunyi kat celah pokok. nama apa ntah burung ni


Turtle kepala panjang.. Ngeri + geli....

Dinasor yg mengaum rupe hon kete. Kejung perut gelakkan dinasor ni.. Rasa nak tampar2 je muke.. Gelap je lebih! (aleesya takut sebab gelap).Rugi RM2 duit aku! 

No comments: