Last friday, bonda mak telepon, kata Aleesya kena demam panas.
Secara tetiba jek sebab pagi tu, waktu anta dia ke umah bonda, dia ok jek. Mak
pun bergegas la balik pas bonda bagitau. Sukat suhu badan, 39c. Sebagai
seorang yg cepat panik, maka mak pun panik la. Siap-siapkan dia, pas tu
bawak pegi klinik. Dapatla ubat demam dan antobiotik.
Esoknya, tumbuh bintik2 kat badan. Maka, ayahnye ajak pegi Klinik
Pakar Kanak-Kanak pulak. Bila doctor cek, doktor kata Aleesya terkena penyakit
mulut, kuku, tangan. Dalam mulut penuh ulser, maka dia tak nak makan dan
minum susu. Kesian anak mak.
So, terpikir jugak macamana Aleesya boleh kena sebab Aleesya tak
bercampur dengan baby lain kecuali Iman, my anak sepupu yg comel, dan Iman tak
de la demam pun. Maka setelah diperah otak, mak assume waktu kiotorang keluar
pegi beli barang kat ECM 4,5 hari sebelum tu, Aleesya start dijangkiti virus
tu. Maka, mak pun menyumpah seranah mana-mana ibu bapa yg anak kena penyakit tu
but stil bawak anak keluar pegi shopping complex bagai!
Virus tu akan masuk dalam badan budak, duk senyap2, pas tu 3-5
hari virus tu akan mula mengganas. Virus
akan mula start merebak dan boleh menjangkiti budak lain dalam tempoh beberapa hari selepas mengganas. Maka
terpaksa kuarantinkan Aleesya dari berjumpa kanak2 lain terutama Iman.
Malam pertama dan kedua Aleesya demam memang penuh drama. Kejap2
nanges, kejap2 terjaga dari tido. Pas tu nak berdukung je keje sampaikan ada
satu masa, mak tido dalam keadaan duduk, dan Aleesya tido berdukung kat mak.
Hari kelima Aleesya dah ok. ALHAMDULILLAH!!! Tapi still tak boleh
bawak keluar kat tempat ada budak2 takut tetiba dia terbersin or terbatuk, tak
saja berjangkit kat budak lain pulak. Maka mak
terpaksa amik EL dan berkurung dengan Aleesya kat rumah. Tapi sangat
jenuh sebab Aleesya dah stat aktif balik. Kejap2 dia lembang rumah, kejap2 main
panjat tangga. ALHAMDULILLAH!! Itu maksud dia dah sehat.
Cuti terpaksa selama dua hari membutkan mak terpikir, ni baru
sorang anak. Kalau ada 3,4 yg tetiba demam dan berjangkit-jangkit, berapa hari
agaknye terpaksa amik cuti?? Haish! Kena
pikir banyak2, dalam2, nak tambah anak nih!!
Hasil demam, Aleesya bertambah slim!!
Dulu waktu bujang mak selalu terpikir kenapa la ibu2 ni suka ngat amik cuti terkejut. Skang bila mak dah jadi ibu orang, baru mak paham. Dan sebagai ibu mak berpegang kepada "Lantak la orang nak kata apa, janji anak mak sihat. Bila anak sihat, mak pun senang hati dan fokus bila buat keje kat opis nanti!"



No comments:
Post a Comment