Sampai sekarang terasa geli geleman pung*&^* mak selepas balik dari tandas tadi. Kesah peristiwa di tandas. Kali ni bukan lagi kesah berak tak reti nak pam, tapi ni kesah masyarakat kita tentang kekonpiusan penggunaan tandas. Manusia ni suka sangat pikir benda-benda komplek, sampai yg mudah pun tak boleh nak pikir. Contohnya, apakah bezanya tandas duduk dan tandas cangkung? Bentuk? Bahan2? Posisi? Kita tinggalkan sains pasal tandas, kita focus kepada norma, etika dan adab sebagai manusia yg berperikemasuniaan.
Korang suka tandas duduk or cangkung? Mak ni kalau pegi tandas, mak akan pilih tandas duduk sebab kaki mak mudah lenguh kalau tandas cangkung ni. Jadi peristiwa tadi bukanlah kali pertama mak alami. Dah banyak kali. Pengguna tandas adalah dari golongan bijak pandai dan yg dah matang. Dalam tandas tu ada 4 pintu. Dua pintu utk tandas duduk, dua lagi untuk cangkung. Kemudahan dah ada. Pilih ikut keselesaan. Kalau selesa tandas cangkung, gunalah yg cangkung, kalau suka tandas duduk, gunalah yg duduk.
Tapi yg membuatkan mak hangin puting beliung bagai ni sebab tadi bila mak masuk tandas pilihan iaitu tandas duduk, tetiba mak perasan tapak kasut yg masih basah dekat tempat duduk tandas tu. Mak guna tisu yg mak bawak utk lap kan tempat duduk tu, still terasa kekotoran tu melekat kat pung*&^* mak. Sampai sekarang, (tika menulis entri ni) terasa! Mak sangat marah pada mereka yg hidup dlm kekonfiusan ni. Kenapa still nak pilih tandas duduk utk mencangkung? Tandas cangkung kat sebelah tu je… Bukan kat bangunan sebelah! Korng nak kasik kami2 pengguna tandas duduk ni merasa tapak kasut korang ke? Dah rasa. Terima kasih. So, apa korg dapat? Caci maki dari kami!
Tolonglah berfikir sikit. Tapak kasut korg tu bukannya bersih. Pijak tanah merata-rata. Ntah2 ada najis haiwan sekali kat situ. Pas tu korg selamba cangkung kat tempat duduk membiarkan najis dan kuman melekat kat tempat tak sepatutnya. Najis dan kuman bukan boleh buat kueh, buat penyakit adalah. Di akhir entri ni, mak hadiahkan gambar seorg gadis yg mak rasa tak de la gemuk sangat “luka kecil” sebab mencangkung di tandas duduk. Tandas tu tak dpt nak tampung berat gadis tu dan pecah. Sebab bila kita dalam keadaan duduk dan cangkung, berat kita yg ditampung oleh tandas tu berbeza. Jadikan iktibar.


1 comment:
ngerinya pic....
Post a Comment