*OK!! ISU SERIUS! JADI AYAT KENA SERIUS. JANGAN GELAK TAU!!*
Sekarang ni tengah hangat sedikit perbalahan antara blogger mengenai Isu Bertudung Tapi Bergaya. MMMmmmmm... sensitif issue ni. Tapi ini pendapat saya...
Saya dah lama sebenarnya menanam cita-cita untuk bertudung. Bertahun-tahun! Tapi bila tengok wanita bertudung dengan gaya yang sama saya jadi sejuk hati. Lumrah wanita, nak sentiasa kelihatan cantik dan bergaya. Dulukan hanya ada tudung bawal.. Jadi bila bertudung bawal, gaya sangat terhad. *Pendapat Saya*. Sekarang tudung bawal makin dilupakan. Dan Hello Tudung Awning! Hello Shawl! Hello Tudung Syria!
Setelah wujudnya pelbagai bentuk gaya tudung, hati saya makin terbuka dan hati jadi makin panas bila tengok tudung-tudung yang cantik. Kebetulan, saya melahirkan anak pertama. Jadi saya kuatkan hati dan berkata, INILAH MASANYA!
Saya belum sempurna penutupan auratnye! Masih banyak yang perlu saya belajar. Cumanya saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah melangkah ke alam bertudung. Ini semua gara-gara bertudung tapi still boleh bergaya. So, dalam perbalahan tu, saya minta, ambil lah yang positif..
*Ko tak payah nak sibuk-sibuk ngate aku la. Ko tu same je ngan pakai baju ketat, seluar ketat!Shuh!Shuh!* - Ini hanya utk sorg reader saje yang suke menyibuk dan menikam org dibelakang!
*Ko tak payah nak sibuk-sibuk ngate aku la. Ko tu same je ngan pakai baju ketat, seluar ketat!Shuh!Shuh!* - Ini hanya utk sorg reader saje yang suke menyibuk dan menikam org dibelakang!



1 comment:
betul betul..ambik yang positif sudahla.. kan dah elok bertudung..mungkin esok esok boleh upgrade jadi lebih baik..baju makin labuh, seluar makin longgar..takpe, slow slow..kita semua masih belajar.. yela perempuan kan memang asek nak pk cantik je..asalkan dah ada perubahan ke arah baik tu, dah petanda baik..mungkin esok lusa lebih baik lagi..
Post a Comment