Kesah bermula dengan bangun pagi yang lewat di tambah dengan baju keje yang belum digosok. Maka selesai mandi, rembat le selai seluar yang diyakini muat dan longgar dipasangkan dengan selai t-shirt lengan panjang walaupun tahu salah pakai t-shirt ke tempat kerja.
Pada upacara menyarung seluar, saya terdiam beberapa ketika kerana seluar telah ketat apabila sampai diparas peha. Ketat??? Hei!! Seluar tu dulu longgar je!! Siap londeh tau!! Nampaknye saya dah gemuk!! seluar telah mengecil dengan xtremnye!!! Maka setelah tahan nafas, hembus nafas dan tahan nafas berlaku, saya akhirnye berjaya menyarungkan seluar itu. Malangnye akibat tekanan dari seluar yang mengecil itu, wujud bonggolan ajaib di bahagian perut! Baju yang turut mengecil pun tak dapat menyembunyikan bonggolan itu. Maka saya TERPAKSA sarungkan cardigan yang tak digosok ke tempat kereja.
Inilah yg saya pakai. Sila abaikan posing malu-malu kepala hotak saya!! Thanks Zura sbab snap gambar ni. Kesian zura kena paksa.....
Selepas berjaya manahan nafsu dengan makan roti bakar dan telur separuh masak aje utk breakfast, saya ke kedai mencari mineral water. Aje! Ko ingat menda ko makan tu tak menggemukkan ke mak budak oiiiii!!! Di sinilah kesentapan bermula bila ditegur amoi tokei kedai runcit itu.
Amoi : Tak panas ke pakai baju dua lapis macam tu?
Saya : *Senyap seketika* Pagi tadi kan sejuk. Tu yang pakai dua lapis tu!
Amoi : Sejuk ke? Saya panas je.
Saya: Saya memang jenis tak tahan sejuk!! *Mau sorok muke yang hitam kemerahan dalam baju* Terus berlalu tanpa membeli air mineral.
Saya tipu amoi tu! Takkan saya nak kata saya pakai baju tu sebab nak cover perut saya yang dah gemuk!!!
Kemudian saya terus ke bilik IT untuk ambil projektor. Kerja saya perlukan saya pakai projektor. Tak tahu projektor tu apa? ......

Ini lah projektor yang mamancarkan data dari komputer ke dinding@kanvas putih. Tau tak??
Di bilik IT
Adik IT : Larat ke nak bawak projektor tu?
Saya : Larat. Tak berat pun.
Adik IT : Akak bukan mengandung ke?
Saya : *Senyap seketika* BUKANLAH! PERUT AKU BUNCIT LA!!
Adik : Owhhhh!!!
Saya : *Berlalu dengan bengkek sambil menjijit LCD projector.*
Akibat tekanan dan sentapan itu saya jadi lapar dan termakan sebungkus kerepek ubi!!!


No comments:
Post a Comment