*Entri serius.*
Baru tadi dengar tazkirah dalam radio bertajuk "bersyukur". Rasanya sejak kebelakangan ni terlalu banyak mak mengomel tentang itu, ini. Selepas ni mak akan cuba kurangkan kengomelan tu, sebaliknya mak akan bersyukur dengan segala nikmat yg diberikan.
Mak bersyukur diberikan kesihatan yg baik, suami yg baik dan membimbing, anak yg sihat dan aktif, rezeki yg mencukupi, kawan-kawan yg mengambil berat, keluarga dan mertua yg menyayangi, majikan yg baik dan persekitaran yg selamat.
Percayalah, bila mak pandang muka atau terdengar suara aleesya, mak selalu mengucapkan kata kesyukuran. Itu kurnian terbesar oleh Allah SWT untuk mak. Jom kawan-kawan, kita bersyukur atas segala kurnianNya! Jangan bila dah hilang, baru kita nak mengenang!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:
Post a Comment