Kali ini mak terpanggil untuk buat ulasan mengenai Kedai jual mutiara-Rafflesia. Kedai besar yang mampu menaja majlis hiburan dan perkahwinan besar-besaran sehingga mencecah doblas juta ringgit katanya.
Citer mak mengenai marketing strategy terbaru yang memakan diri. marketing strategy yang buat orang pandang Rafflesia ni sebagai kedai mutiara cap ayam. Terbaru Rafflesia menaja majlis Reception Norman Hakim ngan Memey. Sana sini dalam suwat kabar citer pasal diorg taja artis duorang ni majlis 12 juta. Mak sebagai kepoci tertunggu-tunggu sambil terpikir signifikan (kelas bahasa mak!!) pemilihan duorg artis yg kecoh sebab kena tangkap khalwat ni. Nak kata artis besar, tak juga sebab kalau bukan yusof haslam amik berlakon, tak kuar tv diorg ni..
maka, hari yg ditunggu-tunggu pun tiba. mak jatuh pengsan bila tengok gambar majlis diorg kat internet *ok tipu*.
gini yea...Bila mak tengok rege pearl yg Rafllesia jual, mak pengsan! *tipu jugak*. Bayangkan, sesimple design cecah RM500k! Pas tu jemputan utk majlis tu artis, ngan rakan media. Artis yg datang pun bukan la yg millionaire pun! Kalau ada pun sorg dua je macm Chef Wan.. Tapi takkan la Chef Wan nak beli mutiara kot! Mak nengok si Amanda Amani tu punya la selok sebab dapat pakai pearl yg di claim RM500K, siap pakai baju seksi seksa. Ye lah, nak beli tak mampu.. Jadi mana signifikannya jemput artis-artis cenggitu ke event diorg. Pas tu tak de la pulok VIP yang datang.
Citer pasal model utama iaitu Memey ngn Hakim (mak geli le nak nyebut Norman Hakim sebab nama penuh dia Nor Hakim je). mmmmm rasanya mak-mak datin(target market) tak amik pot pun pasal duorg ni. Silap ari bulan tak kenal pun. Maka, kenapa diorg perlu nak baca paper pasal diorg berdua and belek2 gambar diorg berdua kat internet? Pada mak-mak datin, couple ni tk mendatangkan faedah pun utk diorg, maka perlu di'ignore' saja apa saje yg melibatkan diorg berdua ni..
Kehebohan mengatakan wedding ni 12juta adalah auta semata-mata. Semua org (yg mak baca kat internet ngn borak-borak ngan mak la) kata event tu tak gaye event juta-juta pun! Kut yea pun nak heboh kata wedding tu RM12juta, buat la betul2 supaya nmpak 12juta walaupun hakikatnye ko menipu. Hall tu boleh dicantikkan lagi.. Kek yg korg letak nama korg instead nama pengantin tu, buat le lawo-lawo lagi!! Baju pengantin tu.. aduh la... Yg baju putih memey pakai tu, celah mana RM500k nye? Yang Vera Wang tu, nmpak macam baju pengapit je, padahal kat e-bay banyak baju Vera Wang yg rege RM3k yg vavavom! Sorry to say, memey nmpak sangat di'perfeldakan' pada hari tu.
Jadi kesimpulannya mak rasa kedai mutiara Raffkesia tu kena buang marketing manager kalau boleh buang tokey2 dia sekali sebab dah berjaya mendowngradekan produk diorg sendiri. Tapi mak apa heran, mak bukan mampu beli pun. Lagipun, dari beli pearl, baik mak beli barang kemas. Kalau RM500k, barang kemas sebesar rantai motor boleh dapat smpai siku!
Tokey Rafflesia ngan Amanda Amani.....mmm eeeuuuwww!!!
Set ni kata Amanda Amani berharga lebih setengah juta RM. Korang ada?

Kek Perkahwinan Refflesia Hakim and Memey. Kahh!!
konpius.. nama pengantin Hakim ke, Memey ke, Rafflesia? Kahh!!

Kenduri org berduit, ada nasyid ngan kompang je, kenduri org duit berjuta ada coir. Kahh!! Adat mana la ni..

Tak nak cakap pe dah.. Nak gelak je!!! *Miahahahahahaha!!






No comments:
Post a Comment